Status di Facebook : Remaja nak bunuh MakBapak sendiri!

Post by Adilla Shahirah | 4:13 am | 2 Nutella |
Assalammualaikum. Eyra ada jumpa beberapa blogger post pasal ni. Kenapa budak ni sampai macam tu. istifar banyak banyak.


Nasib ada kawan dia menasihati dia.


Allah berfirman, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." (al-Ahqaf: 15)

Islam menuntut supaya setiap orang berbuat baik kepada ibu bapa, dan hukumnya adalah fardhu & ain.

maka setiap orang wajib berbuat baik kepada ibu bapanya sendiri

Nabi saw. bersabda, " Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

betapa redha Allah terletak pada keredhaan orang tua.
Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari no: 5975 Kitab al-Adab)
Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?"

(1) Mempersekutukan Allah.
(2) Derhaka kepada ibu atau bapa.
(3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

Maaf, saya bukan manusia yang pandai mencipta sajak dan puisi yang cantik bermetafora. Hanya pandai menulis dengan ayat seperti batu. Namun berusaha sedaya upaya meresapkan bersama ayat-ayatnya jiwa dan perasaan, agar mereka yang membaca dapat merasai kehadiran hati di situ. ^^.

(muhasabah seorang diri)
Manusia itu belajar dari kesilapan.

Sungguh, seingat sepanjang 20+ tahun menjadi manusia, sepanjang itu jugalah telah terlalu banyak saya melakukan kesilapan dan kesalahan.

Terus perbaiki dan perbaiki. Terus menampal sana sini. Terus belajar dan belajar. Terus menerima dan menerima. Terus dan terus.

Satu prinsip yang dipegang.

"terimalah kata-kata walaupun dari lidah musuh". (Imam alGhazali).

Sedangkan dari lidah musuh kita perlu prihatin dengan teguran atau cercaan yang secara normal pada hakikatnya sangat memedihkan, apatah lagi jika teguran-teguran itu datang dari mereka iaitu ibu bapa kita .

Teringat kami adik-beradik dididik oleh ummi dan arwah abi tersayang untuk sentiasa berlapang dada menerima segala teguran. ummi selalu tekankan,

"orang tegur tanda orang sayang. Kalau orang biar tu, itu yang bahaya".

Allah berfirman, "Allah melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu maka janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ahh" dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia. (Al- Isra': Ayat 23)

"ummi tak kisah kalau anak-anak ummi nak menangis ke atau terasa ke sekarang ni. Sebab ini tanggungjawab ummi. ummi taknak, nanti di akhirat, masing-masing salahkan ummi sebab tak pernah tegur dulu".

Maafkan saya dan jangan berhenti untuk terus membentuk.

Sejujur-jujurnya, saya memang terlalu banyak kelemahan. Justeru, sangat mengharapkan kemaafan dari kalian & bagi sesiapa yang saya pernah melakukan kesalahan dengannya- dan jangan pernah berhenti untuk terus membentuk agar diri ini memenuhi kriteria-kriteria yang Allah kehendaki.

Sungguh. Tidak ada hajat di hati ini melainkan semata supaya Allah tidak pernah meninggalkan dengan bukti manusia membiarkan. Takut.

Penutup: belajar dan jangan pernah berhenti untuk belajar.

Firman Allah: "orang mukmin itu lelaki dan wanita sebahagiannya menolong sebahagian yang lain".

Firman Allah lain: "Dialah yang memperkuatkan kamu dengan pertolongannya dan dengan para mukminin dan menyatukan hati-hati mereka. Sekiranya kamu belanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukannya. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". (Al-Anfaal: 62-63).


Info : Si pipi merah


Terima kasih baca entry ni. Jangan lupa datang lagi ke sini!

2 comments:

NoorBieLover said...

gila ka apa? Kalu la mak dia tahu dah besar jd cmni,msti mak dia bunuh msa dlm kndungan lg!

Unknown said...

Gila la budak nie...
Memang dasar anak tak erti diuntung betul...