Ya!!! Memang benar!!! Sejarah telah membuktikan bahawa Kesultanan Sulu pernah memerintah negeri Sabah NAMUN ianya telah lama BERAKHIR dan Sabah telah pun MERDEKA pada 31 Ogos 1963 sebagai NEGERI SABAH dan kemudiannya bersama dengan Sarawak (dan ketika itu disertai oleh Singapura) telah bersetuju untuk menyertai dan seterusnya bergabung bagi membentuk PERSEKUTUAN MALAYSIA (Pada mulanya pembentukan persekutuan Malaysia adalah pada 31 Ogos 1963 namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan ianya terpaksa ditangguhkan kepada 16 September 1963).
Akan tetapi, tiba2 entah dari mana muncul pula seorang lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram. Entah mengapa setelah sekian lama "menyepi" dan kini "Baginda" secara "tiba2" telah memunculkan bersama para pengikutnya atau lebih dikenali sebagai "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk mengambil alih pemerintahan wilayah Sulu di timur negeri Sabah. Namun begitu "Baginda" telah terlupa sesuatu, "Baginda" mungkin terlupa bahawa pada 22 Januari 1878 di Istana Sultan Sulu, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian (bertulis) dengan William Cowie iaitu wakil daripada Syarikat Borneo Utara British (BNBC) untuk "menyewakan" atau "memajakkan" negeri Sabah serta kawasan Borneo Utara (sedikit demi sedikit) kepada BNBC tetapi dengan syarat, Baginda hendaklah diberi perlindungan daripada ancaman Kuasa Laut Tentera Sepanyol di Filipina (namun ketika penghujung tahun 1700, kesemua saki baki wilayah jajahan takluk Kesultanan Sulu telah diserahkan kepada Sepanyol) BNBC juga telah membayar wang pampasan kepada Sultan Sulu pada ketika itu.
Ianya jelas bahawa kedua2 pihak telah bersetuju dengan perjanjian tersebut dengan tidak ada sebarang unsur PAKSAAN atau TIPU HELAH. Kemudian diakhirnya, pentadbiran Sabah telah diserahkan dan diambil alih sepenuhnya oleh pihak British untuk ditadbir (Ianya berlaku setelah Tentera Jepun menyerah kalah ketika Perang Dunia Ke-2 baru berakhir). Dan perkara yang paling menarik/aneh sekali ialah, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah (Borneo Utara) dijajah oleh Jepun pada tahun 1941?? Jika benar Sultan Sulu ketika itu masih mempunyai "HAK" di Sabah dan betul2 SAYANGKAN negeri Sabah (sebagai seorang Sultan), pernahkah Baginda berusaha untuk menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan & menyelamatkan Sabah dari serangan Tentera Jepun??? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Kerana dikepulauan Sulu sendiri (tempat dimana Sultan Sulu ketika itu telah bersemayam) juga telah dijajah oleh Jepun.
Sebelum Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintah Baginda di Sabah & Borneo Utara kepada kerajaan Filipina yang ketika itu ditadbir oleh Presiden Macapagal pada 12 September 1962 yang berhasrat untuk menentang dan menghalang Sabah daripada bergabung untuk membentuk Gagasan Malaysia. Ini secara tidak langsung membuktikan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" serta bersikap "lepas tangan" dalam isu ini. Akhirnya perbuatan itu memakan diri apabila waris keturunan Sultan Sulu terpaksa "mengigit jari" kerana pada tahun 1989, kerajaan Filipina akhirnya telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.
Dan sehingga sekarang, ramai yang tidak sedar bahawa Kerajaan Malaysia TETAP & MASIH membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, akan tetapi "Baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "Baginda" merasakan dirinya berhak mendapat 50% daripada wang hasil ekonomi negeri Sabah (mungkin "Baginda" tamak). Dan mungkin "Baginda" sekali lagi terlupa, sebelum pembentukan Malaysia, Laporan Suruhanjaya Cobbold (CC) pada Jun 1962 telah membuktikan bahawa majoriti rakyat & penduduk Sabah telah bersetuju untuk bergabung bagi membentuk Gagasan Malaysia. Mungkin "Baginda" masih belum sedar bahawa penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "Baginda" sebagai "Sultan Sabah" kerana NEGERI SABAH SEKARANG ADALAH 100% HAK MILIK RAKYAT SABAH!!! Bukannya 'hak' milik Kesultanan Sulu & Borneo Utara lagi.
"Baginda" seharusnya menghormati "hak" penduduk Sabah kerana MEREKA SENDIRI TELAH MEMBUAT PILIHAN. HAK rakyat Sabah harus DIHORMATI dan akan terus DIPERTAHANKAN buat selama2nya!! Namun perkara yang paling menjadi persoalan sekarang ialah, MENGAPA BARU SEKARANG "BAGINDA" YANG SUDAH BERUMUR 70 TAHUN LEBIH KINI "TERHEGEH2" DAN "BERIYA2" BENAR HENDAK MENUNTUT KEMBALI "HAK" PEMERINTAHAN KEATAS SABAH?? MENGAPA "BAGINDA" TIDAK MELAKUKANNYA AWAL2 JIKA BENAR KERAJAAN FILIPINA INGIN "MENYINGKIRKAN" "BAGINDA"?? TIDAK SALAH RASANYA JIKA "BAGINDA" MAHU KEMBALI KE WILAYAH ASAL YANG PERNAH DATUK "BAGINDA""PINJAMKAN" SUATU KETIKA DAHULU NAMUN TERNYATA CARANYA SUDAH SALAH!! APAKAH "BAGINDA" MEMILIH UNTUK "MENYERANG" PADA WAKTU SEKARANG KERANA DIFIKIRKAN PADA KETIKA INI MALAYSIA SUDAH PUN BERADA DALAM KEADAAN HURU HARA?? HAKIKATNYA SEKARANG NEGERI SABAH ADALAH 100% HAK MILIK RAKYAT SABAH!!! FIKIR2KAN & RENUNG2KANLAH... SELAMANYA MALAYSIA!!!!!!! (MOHON SHARE)